Friday 1 June 2012

Al-Quran

Klik link di bawah.
Al-Quran

Tayammum

Cuba-cuba je

Sila klik di sini
Cuba-cuba aje

Generasi al-Quran

Melahirkan Generasi Al-Quran





Sudahkah anda bersedia?


Surah Hafazan 6: Al-Kafirun



Surah Al-Kafirun (سورة الكافرون) adalah surah ke-109 dalam Al Quran. Surah ini terdiri atas 6 ayat dan termasuk surah Makkiyah. Nama Al Kaafiruun(orang-orang kafir) diambil dari kata yang muncul pada ayat pertama surat ini.
Isi kandungan surah ini adalah tidak diizinkannya berkompromi dalam bentuk mencampuradukkan ajaran agama.
Latar Belakang
Pada masa penyebaran Islam di Mekkah, kaum Quraisy yang menentang Rasulullah SAW tak henti-hentinya mencari cara untuk menghentikan ancaman Islam terhadap kepercayaan nenek moyang mereka. Pada salah satu upaya tersebut mereka berusaha mengajukan cadangan kompromi kepada Rasulullah SAW dimana mereka menawarkan: jika Rasulullah mau memuja Tuhan mereka, maka merekapun akan memuja Tuhan sebagaimana konsep Islam. Kemudian surah ini diturunkan untuk mejawab hal itu.

Surah Hafazan 5: An-Nasr

Surah An-Nasr (سورة النصر) adalah surat ke-110 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 3 ayat dan termasuk surah Madaniyah. An Nashr bererti pertolongan, nama surah ini berkaitan dengan topik surat ini yakni janji bahawa pertolongan Allah akan datang dan Islam akan memperoleh kemenangan.

[sunting]Hubungan Surah An-Nasr dengan surat Al Lahab

Surah An-Nasr menerangkan tentang kemenangan yang diperoleh Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikut-pengikutnya, sedang Surah Al-Lahab menerangkan tentang kebinasaan dan siksaan yang akan diderita oleh Abu Lahab dan isterinya sebagai orang-orang yang menentang Nabi.

[sunting]Terjemahan ayat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
  2. وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
  3. فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.
Sumber: Wikipedia

Surah Hafazan 4: Al-Lahab



Surah Al-Lahab adalah surat ke-111 dalam Al Quran. Surat ini terdiri atas 5 ayat, termasuk golongan surah Makkiyah, diturunkan sesudah Surah Al-Fath. Nama Al Lahab diambil dari kata Al Lahab yang terdapat pada ayat ketiga surat ini yang ertinya gejolak api. Surat ini juga dinamakan surat Al Masad (سورة المسد)

[sunting]Isi Kandungan

Cerita Abu Lahab dan isterinya yang menentang Rasul S.A.W. Keduanya akan celaka dan masuk neraka. Harta Abu Lahab, tak berguna untuk keselamatannya demikian pula segala usaha-usahanya yang dilakukan didunia dan dia bersama isterinya akan binasa di dalam neraka selama lamanya.

[sunting]Terjemahan ayat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمDengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.
  2. مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.
  3. سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.
  4. وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar.
  5. فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ Yang di lehernya ada tali dari sabut.
   
Sumber: Wikipedia



Surah Hafazan 3: an-Naas



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
  2. Yang Menguasai sekalian manusia.
  3. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.
  4. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.
  5. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
  6. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

Pengenalan Surah an-Naas

Surah An-Nas (سورة الناس) adalah surah ke 114 dan merupakan surah terakhir dari Al-Quran. Ia adalah doa 6 ayat ringkas, meminta kepada Allah untuk perlindungan dari Syaitan. Ia adalah surah Makkiyah.
Ia dan Surah Al-Falaq adalah bersama diistilahkan mu'awwidhatayn; diperlakukan dengan kasarnya tema yang sama, mereka membentuk pasangan semulajadi. Terdapat tradisi Sunnah dalam membacanya ke atas yang sakit atau sebelum tidur.
(Sumber: Wikipedia)

Surah Hafazan 2: al-Falaq



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.
  2. Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan.
  3. Dari bahaya gelap apabila ia masuk.
  4. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).
  5. Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.

Kisah Penurunan Surah al-Falaq

Seorang Arab Yahudi bernama Labid ibn Asim yang merupakan antara munafiq telah mengenakan Ilmu Hitam (sihir) kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Dia telah mengambil rambut baginda dan membuat sebelas ikatan (simpulan) dan meletakkanya di bawah batu berhampiran telaga bernama Zarwan. Akibatnya, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengalami kekeliruan dan was-was tentang perkara yang telah dilakukan dan belum dilakukan baginda (walaupun ia tidak mempengaruhi ajaran dan sifat kenabian baginda). Maka, malaikat Jibrail turun menghadap baginda dan memberitahu perkara yang sebenar dan menyampaikan dua surah iaitu Surah al-Falaq dan Surah An-Nas. Baginda bersama para sahabat baginda pergi ke telaga tersebut dan mengalihkan simpulan rambut tersebut. Ketika setiap kali surah dibaca, simpulan itu terurai dengan sendirinya dan ketika simpulan yang kesebelas terurai, baginda telah bebas dari pengaruh ilmu hitam tersebut. (Rujukan: Tafsir Ibn Kathir & Ma’arif al-Qur’an)
Menurut Abdullah Yusuf Ali, pada waktu zaman kenabian Nabi Muhammad s.a.w., terdapat seorang bomoh perempuan yang mengenakan sihir hitam ke atas musuhnya menggunakan sihir pada simpulan. Dengan itu, Allah menurunkan surah ini sebagai perlindungan daripada sihir tersebut.
(Sumber: Wikipedia)

Surah Hafazan 1: al-Ikhlas


Terjemahan:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang
  1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
  2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
  3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
  4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Surah ini meringkaskan dalam empat ayat tentang keilahian dan keesaan Tuhan (Allah).
Surat Ikhlas dikenali sebagai Surah Pelindung.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surahAl-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikatJibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walamyakullahu kufuwanahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Dari Abu Hurairah, Nabi SAW pernah bersabda "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas, seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran"
Dalam kitab Sa'adatul Darain, Rasulullah SAW bersabda " Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika memasuki rumah, maka hilanglah kefakiran penghuni rumah dan tetangganya" (HR At-Tabrani dan Ibnu Mas'ud).
Imam Hambali rahimahullah berkata, barangsiapa yang melalui kawasan perkuburan dan menghadiahkan 11 kali surah Al-Ikhlas kepada penghuni kubur itu, maka ia akan dapat pahala sebanyak mana mayat yang ditanam disitu.
(Sumber: Wikipedia)

Teknik Menghafaz Al-Quran

TEKNIK MENGHAFAZ AL-QURAN
Assalamualaikum. Kepada sahabat-sahabat yang ingin menghafaz al-Quran, saya kongsikan beberapa tips bagi memudahkan kalian untuk menghafaznya. Mudah-mudahan berkesan, insyaAllah.
Sebelum menghafaz
1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafaz.
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafaz.
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafaz.
4. Berada dalam keadaan tenang.
5. Kosongkan fikiran sebelum menghafaz.
6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain.
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafaz.
8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafaz.
Teknik Menghafal
A. Teknik “Chunking”
1. Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru.
2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai.
3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.
4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya.
5. Memisah-misahkan Al-Qur’an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.
B. Teknik Mengulang
1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya.
2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.
3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua.
4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya.
5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur’an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.
C. Teknik Tumpu dan Ingat
1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran.
2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda.
3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mati dan tumpukan kembali kepada mashaf.
4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup.
D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman
1. Pilih seorang teman yang sama minat.
2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua.
3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama.
4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain.
E. Teknik Mendengar Kaset
1. Pilih seorang qari’ yang baik bagi seluruh Al-Qur’an atau beberapa qari’ bagi surah-surah tertentu.
2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.
3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari’ tersebut sehingga terpahat di fikiran.
4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari’ tersebut.
5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur’an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.
F. Teknik Merakamkan Suara
1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul.
2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya.
G. Teknik Menulis
1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal.
2. Kemudian semak semula dengan mashaf.
3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas.
H. Teknik “Pointers” dan “Keyword”
1. Buat beberapa kotak.
2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat.
3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut.
4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan.
I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur
1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur.
2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita.
3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita.
J. Teknik “Mindmaping”
1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu’. Tulis ayat pertama rubu’ tersebut dicabangnya.
2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu’.
3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu’.
Mengekalkan Hafalan
1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati.
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi.
3. Kerjakan solat hajat kepada Allah.
4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz.
5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya.
6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam.
7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk.
8. Menulis setiap ayat yang mutashabih.

Selamat menghafal...
Sumber: http://achiksolehah.wordpress.com/2009/01/29/tips-menghafal-al-quran/


Ummul Kitab

Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.


.


Terjemahan rumiArabSebutan
1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Bismi Llâhi r-rahmâni r-rahîm
2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
Al-hamdu liLlâhi rabbi l-`âlamîn
3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"
ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Ar-rahmâni r-rahîm
4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"
مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
Mâliki yawmi d-dîn
5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Iyyâka na`budu wa'iyyâka nasta`în
6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
Ihdina s-sirâta l-mustaqîm
7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"
صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ
Sirâta llazîna an`amta `alayhim ghayri l-maghdhûbi `alayhim wala dh-dhâllîn